Penghargaan Assignment Hubungan Etnik Ctu553


PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Tamadun Asia dan Tamadun Islam ( TITAS ) ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.
Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “Impak negatif dan positif pengaruh Barat terhadap tamadun Islam, Cina dan India”. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Dr. Amini Amir Abdullah kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

Unformatted text preview: HUBUNGAN ETNIK MahyuddinKhalid&AshrofZaki, UiTM [email protected] PENGENALAN TAHAP HUB ETNIK 7.1 CABARAN HUB ETNIK 7.2 KEJAYAAN HUB ETNIK 7.3 Hasil Pembelajaran KANDUNGAN BAB 7 2 • Mengenalpasti asas hubungan antara etniketnik di Malaysia • Mengenalpasti cabarancabaran hubungan etnik di Malaysia • Menghuraikan isu-isu penting dalam konteks cabaran hubungan etnik di Malaysia • Menjelaskan faktor-faktor pembinaan dan acuan jati diri rakyat Malaysia HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA TAHAP HUB ETNIK CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK Kesepakatan 3 etnik terbesar negara ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 membolehkan rakyat menikmati kuasa politik yang sama rata dengan dasar perkongsian kuasa. 3 HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA TAHAP HUB ETNIK CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK Begitu juga dasar pengagihan kekayaan, pembangunan masyarakat yang adil di sisi undang-undang, amalan demokrasi serta kontrak sosial di antara kepelbagaian kaum menghasilkan keharmonian masyarakat Malaysia. Konsep perkongsian kuasa, pengagihan pendapatan negara secara adil, peluang pendidikan yang sama di antara kaum, kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan negara, perlindungan terhadap kaum minoriti serta dasar-dasar yang lain, telah dapat menjamin keharmonian rakyat berbilang kaum dan etnik di negara kita. 4 TAHAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA TAHAP HUB ETNIK CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK Zaman Empayar Melaka •Zaman Keemasan Zaman Selepas Keruntuhan Empayar Melaka Zaman Penjajahan Portugis dan Belanda •Zaman Gelap •Kurang masalah hubungan etnik kerana majoriti penduduk adalah peribumi 5 Zaman Penjajahan Inggeris Zaman Pendudukan Jepun •Wujud polarisasi kaum •Hubungan tegang antara Melayu-Cina HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA TAHAP HUB ETNIK CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI SEMENANJUNG MALAYSIA Zaman Penjajahan • Penjajahan meninggalkan kesan terhadap hubungan etnik dan pembangunan politik Malaysia • Melalui penjajahan Inggeris, wujud masyarakat perlbagai etnik melalui kemasukan orang Cina dan India sebagai buruh • Mereka diasingkan dengan penduduk tempatan dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem persekolahan, dan menyukarkan untuk berinteraksi sesama kaum. • Penjajahan Jepun pula mengamalkan dasar pembahagian yang jelas antara kaum menyebabkan meningkatnya perasaan permusuhan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara kaum. Selepas Perang • Hubungan etnik dirumitkan lagi dengan penubuhan Malayan Union yang ditolak oleh Melayu dan diterima oleh kaum Cina dan India terutama berkaitan dengan isu kewarganegaraan. 6 HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA TAHAP HUB ETNIK CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK Zaman Darurat hingga Pembentukan Malaysia • Menjadi semakin rumit selepas darurat diisytiharkan terutama antara kaum Melayu dan Cina • Semakin teruk selepas British memperkenalkan rancangan penempatan semula yang membataskan pergaulan kaum Melayu yang ditempatkan di kampung Melayu dan Cina di kampung Baru • Isu utama politik ketika ini seperti penguasaan ekonomi oleh golongan pendatang, penglibatan Cina dalam politik Tanah Melayu serta perjuangan etnik mempertahankan budaya, bahasa dan pendidikan. • Penyatuan etnik dipupuk melalui dasar-dasar kerajaan berkaitan pendidikan dan ekonomi serta kerjasama politik melalui Perikatan Hubungan Etnik Masa Kini • Pelaksanaan dasar-dasar awam kerajaan berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi bagi mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia. • Antaranya melalui Majlis Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Gagasan 1Malaysia, RancanganRancangan Ekonomi dan sebagainya. 7 HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA TAHAP HUB ETNIK CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK Sabah •Hubungan etnik dicorakkan oleh penempatan penduduk bumiputera dan bukan bumiputera serta Bumiputera bukan Islam dan Bumiputera Islam. •Sistem penempatan dibentuk melalui sistem kepercayaan di kalangan penduduk; Bumiputera Islam(Bajau,Idahan,Iranun,Sulu,Bisaya,Melayu-Brunei dan Orang Sungai) dan Bumiputera bukan Islam(Dusun,Murut,Rungus) •Mengamalkan hubungan etnik yang harmoni kerana penduduk meletakkan keutamaan kebudayaan dalam urusan kehidupan bermasyarakat berbanding pembezaan keagamaan serta ikatan kekeluargaan yang lebih kuat berbanding agama. Sarawak •Brooke mengamalkan dasar mengasingkan kumpulan etnik mengikut kepentingan kepada pentadbiran British di Sarawak •Perhubungan antara etnik-etnik berasaskan ekonomi. •Mengasingkan setiap kumpulan etnik di Sarawak mengikut petempatan dan pekerjaan yang berlainan bagi mengelakkan pertelingkahan dan pertumpahan darah yang membawa kepada pengenalan etnik berdasarkan tempat tinggal. •Perhubungan etnik semakin baik melalui perkahwinan campur, toleransi agama, kesedaran melalui pendidikan dan sebagainya 8 KEPERLUAN MEWUJUDKAN HUBUNGAN ETNIK TAHAP HUB ETNIK Fitrah kemanusiaan CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK Elak dari bergantung dengan kuasa luar Keperluan Hubungan Etnik Memenuhi keperluan hidup 9 Tuntutan keagamaan FAKTOR KONFLIK MASYARAKAT MALAYSIA TAHAP HUB ETNIK CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK • Perbezaan dalam unsur unsur--unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam. • Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurang interaksi. • Perbezaan pekerjaan dan tempat tinggal. tinggal • Prasangka dan prejudis yang menebal. • Keengganan anggota masyarakat untuk membuka dunia sosial kepada masyarakat lain dan kecenderungan untuk mengekalkan identiti masingmasing. • Dominasi sesuatu kaum dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan. • Bilangan anggota masyarakat majoriti dan minoriti lebih kurang sama. 10 CABARAN HUBUNGAN ETNIK TAHAP HUB ETNIK POLITIK CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK EKONOMI CABARAN HUBUNGAN ETNIK SOSIAL AGAMA DAN BUDAYA 11 POLITIK TAHAP HUB ETNIK Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masingmasing. CABARAN HUB ETNIK Menyuara, menjaga serta memperjuangkan kepentingan dan kelangsungan kaum masing-masing. KEJAYAAN HUB ETNIK Sukar menerima pemimpin dari kaum lain. Mengukuhkan semangat perkauman yang menebal. Politik Perkauman 12 EKONOMI TAHAP HUB ETNIK CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK • Jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi dan ketidakseimbangan pendapatan. • Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Dominasi Sektor Ekonomi • Menghalang interaksi yang lebih kerap. • Interaksi berlaku di kalangan etnik yang sama. • Semangat perkauman terus menebal. Perbezaan Pekerjaan 13 SOSIAL TAHAP HUB ETNIK CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK Pemisahan Fizikal •Akibat dasar pecah perintah British. •Merenggangkan hubungan dan menyukarkan interaksi. •Memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme. Sistem Pendidikan yang Berasingan •Setiap etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri •Sistem persekolahan yang dipisahkan mengikut bahasa ibunda menyebabkan interaksi berkisar dikalangan etnik sendiri sahaja Polarisasi dalam Kalangan Pelajar •Keterasingan di peringkat sekolah rendah, kerenggangan di sekolah menengah serta di Institusi Pengajian Tinggi menyukarkan proses hubungan etnik di Malaysia Kontrak Sosial •Kontrak Sosial yang menjadi asas dalam pembinaan masyarakat Malaysia seringkali di pertikaikan 14 AGAMA & BUDAYA TAHAP HUB ETNIK Setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat bahasa dan kebudayaan yang berlainan CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK Mudah terjadinya konflik. Setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam mendapatkan pekerjaan, memilih sahabat dan mencari teman hidup. 15 FAKTOR KEJAYAAN PEMBINAAN MASYARAKAT MALAYSIA TAHAP HUB ETNIK Keazaman politik (Political Will) CABARAN HUB ETNIK Golongan sasaran yang dikenalpasti (Critical Mass) KEJAYAAN HUB ETNIK Kekukuhan Ekonomi MASYARAKAT MALAYSIA Peranan Islam Wawasan yang dikongsi (Shared Vision) Penggunaan Sains dan Teknologi (S&T) 16 POLITICAL WILL TAHAP HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK Kesungguhan Politik CABARAN HUB ETNIK • Keazaman dan kemantapan politik • Pemimpin yang berwibawa • Pemimpin ada niat untuk menginstitusikan hubungan etnik. • Niat ini dicetuskan oleh kesedaran tentang pentingnya hubungan etnik. • Dari sini akan tercetus kemahuan serta aktiviti dalam bentuk pelan tindakan yang berkesan. 17 CRITICAL MASS TAHAP HUB ETNIK Golongan sasaran yang telah dikenalpasti CABARAN HUB ETNIK Adanya badan induk yang menjadi faktor pemangkin kepada semua program hubungan etnik dan integrasi yang melibatkan critical mass seperti Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) dan Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN). KEJAYAAN HUB ETNIK 18 KEKUKUHAN EKONOMI TAHAP HUB ETNIK CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK Ekonomi yang berkembang Faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan hubungan etnik di Malaysia. Pengajarannya ialah peristiwa 13 Mei 1969. Hubungan etnik dan integrasi hanya boleh terhasil jika keperluan asas untuk survival manusia dipenuhi. 19 PERANAN ISLAM TAHAP HUB ETNIK CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK • Islam telah memberi pengaruh yang mendalam dalam pertumbuhan dan perkembangan Tamadun Malaysia. • Dengan majoriti penduduk beragama Islam, maka sewajar Islam menjadi asas hubungan etnik dan integrasi nasional kerana ia serasi dengan majoriti penduduk dan minoritinya. • Sebagai agama rasmi, Islam mestilah dihormati kerasmiannya namun ia tidak menghalang kebebasan beragama. 20 SHARED VISION TAHAP HUB ETNIK Wawasan yang jelas, konsisten dan dikongsi bersama CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK Mestilah mempunyai visi yang sama tentang hala tuju dan hasil integrasi yang diingini. Gagasan 1Malaysia dan Wawasan 2020 harus dijadikan salah satu paksi terpenting pada keseluruhan gagasan hubungan etnik dan integrasi nasional negara ini. 21 PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI TAHAP HUB ETNIK Rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK Kemudahan penerbangan yang lebih murah Air Asia dan Firely Keupayaan memanfaatkan sains dan teknologi dapat menangani masalah hubungan etnik dan integrasi nasional. Interaksi virtual dengan penggunaan teknologi 3G dan WIMAX Penggunaan Mykad untuk mengatasi masalah imigresen 22 PENGUKUHAN TAHAP HUB ETNIK CABARAN HUB ETNIK KEJAYAAN HUB ETNIK Bincangkan EMPAT (4) cabaran hubungan etnik di Malaysia Huraikan TIGA (3) ciri asas untuk mengurangkan masalah polarisasi kaum yang terdapat dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan Bincangkan TIGA (3) kesan pengabaian hubungan antara etnik dalam menjalinkan perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia. TIGA (3) pengajaran akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969. TIGA (3) cabaran pembentukan masyarakat berintegrasi di Malaysia. Bincangkan EMPAT (4) cabaran hubungan etnik. Huraikan TIGA (3) Dasar Negara dalam menyelesai cabaran hubungan etnik. Jelaskan TIGA (3) pelan tindakan dalam menangani masalah perpaduan di kalangan masyarakat. 23 ...
View Full Document

0 Thoughts to “Penghargaan Assignment Hubungan Etnik Ctu553

Leave a comment

L'indirizzo email non verrà pubblicato. I campi obbligatori sono contrassegnati *